Skip to main content

Tonton Telefilem Apabila Terbit Fajar (Slot Cerekarama)

Saksikan Telefilem Apabila Terbit Fajar yang akan bersiaran pada 14 Disember 2019 jam 9.30 malam di Slot Cerekarama TV3. Telefilem Apabila Terbit Fajar dibintangi oleh Elisya Sandha, Azhan Rani, Watie Sadali, Ku Faridah dan ramai lagi. 


TELEFILEM APABILA TERBIT FAJAR
Berikut dikongsikan maklumat mengenai telefilem ini. 

Waktu Siaran
Telefilem Apabila Terbit Fajar akan disiarkan di slot cerekarama TV3 pada 14 Disember 2019 jam 9.30 malam

Pelakon
Elisya Sandha, Azhan Rani, Watie Sadali, Ku Fridah, Rania Humaira, Aisyah Kamaludin

Sinopsis Apabila Terbit Fajar
Mengisahkan Fiza (Elisya Sandha) berusia 17 tahun telah dirogol oleh Mahmud namun Fiza merahsiakan perkara tersebut dari ibu bapanya kerana Mahmud telah mengugut akan membunuh ibu bapa Fiza. Akibat itu, Fiza telah mengandung dan tetap berahsia tentang siapa yang telah merogolnya. 

Setelah anak Fiza lahir, mak dan ayah Fiza terpaksa menipu penduduk kampung yang cucu mereka itu adalah anak kedua mereka. Anak Fiza telah dinamakan sebagai Fajar (Rania Humaira). Setelah bersalin, Fiza dipaksa kembali semula ke sekolah bagi mengelakkan orang kampung berfikir bukan - bukan. Fajar yang masih kecil itu dilayan dengan teruk oleh ibu bapa Fiza dan membuatkan Fiza kecewa melihat anaknya dilayan sebegitu rupa.

Fiza ingin mengambil hati ayahnya semula dengan berazam untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM nanti. Namun Fiza hampa bila keputusan cemerlangnya dalam SPM itu tidak dihiraukan oleh ayahnya. Sebaliknya ayahnya menjadi marah apabila mengetahui yang Fiza ingin sambung belajar pula dan meninggalkan anaknya Fajar, ayahnya juga tidak mempercayai Fiza lagi setelah Fiza mengandung anak luar nikah. 

Fiza kemudiannya mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah dan membawa anaknya sekali. Guru Fiza juga dah berjanji akan membantunya untuk membuat permohonan ke universiti sekaligus mendapatkan biasiswa. Selepas Fiza lari dari rumah, Fiza mendapat kerja sebagai cleaner di sebuah Motel dan Fiza juga dapat tinggal di Motel berkenaan. Namun owner Motel tersebut berniat tidak baik dan ingin menjual Fiza pada seorang lelaki. Fiza dapat melarikan diri dan kemudian dihalau keluar dari Motel berkenaan. Fiza dan Fajar terpaksa tidur di tepi jalan, tapi nasib baiklah ada seorang makcik di situ yang sudi menolong Fiza dan Fajar. 

Sejak dari itu Fiza dan Fajar menumpang di rumah makcik itu dan makcik itu juga sudah menganggap Fiza seperti anaknya. Walaubagaimanapun Fiza masih tidak memberitahu tentang status sebenar dirinya yang merupakan ibu Fajar pada anaknya itu. Sebaliknya Fajar menganggap Fiza sebagai kakaknya. Fiza juga berjaya menamatkan pelajarannya dan bekerja sementara di firma guaman. 


Semuanya mula berubah apabila kawan Fiza iaitu Suraya memberitahu Fiza mengenai kawan baik mereka Laila akan berkahwin dengan Mahmud tidak lama lagi. Fiza yang tidak mahu Laila berkahwin dengan perogol itu mula menceritakan perkara sebenar pada Suraya. Walaubagaimanapun Laila tidak mempercayai cerita Fiza dan akhirnya Fiza nekad untuk menuntut keadilan. Apa yang berlaku seterusnya?


TONTON TELEFILEM APABILA TERBIT FAJAR
Berikut dikongsikan video atau link telefilem ini. Sila klik link dibawah⬇️⬇️

LINK: Tonton Telefilem Apabila Terbit Fajar

*Video atau link akan dikemaskini

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Novel Seadanya Aku

Novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya telah diangkat untuk drama bersiri Slot Akasia TV3 yang akan bersiaran mulai 15 Januari 2020. Drama Seadanya aku akan menampilkan pelakon Azlee Khairi, Zara Zya, Elvina Mohamed dan ramai lagi. Drama terbitan Country Universal Sdn Bhd dan diarahkan oleh Feroz Kader akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.  ARTIKEL BERKAITAN  :  Sinopsis Drama Seadanya Aku Lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya Pelakon Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim,  Sharifah Husna , Azri Iskandar, Ainina Ahmad SINOPSIS NOVEL SEADANYA AKU Berikut dinongsikan sinopsis untuk drama ini. Sila klik link dibawah⬇️⬇️ Link:  Sinopsis Novel Seadanya Aku

Tonton Drama Dua Takdir Cinta Episod 6

Jangan ketinggalan menyaksikan Drama Dua Takdir Cinta yang disiarkan mulai 7 Januari 2020 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di Slot Tiara Astro Prima. Drama Dua Takdir Cinta dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Fendy Bakry, Zamarul Hisham, Faizal Hussein, Azar Azmi, Reza Baharuddin, Husna Mustaffa, Syamim Farid, Izzat Mushtaq, Ali Reza, Syaffiq Sahli dan ramai lagi. DRAMA DUA TAKDIR CINTA Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. Waktu Siaran Tarikh Mula : 7 Januari 2020 Waktu : Jam 6 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat Jumlah Episod : 65 Slot : Tiara Astro Prima Pengarah/Produksi Diarahkan oleh Azri dan terbitan Global Station Sdn Bhd Pelakon Fasha Sandha, Azar Azmi, Fendy Bakry, Zamarul Hisham, Faizal Hussein, Reza Baharuddin, Husna Mustaffa, Syamim Farid, Izzat Mushtaq, Ali Reza, Syaffiq Sahli, Aedy Ashraf, Safwan Nazri, Shekeen Waida, Zera Hariz TONTON DRAMA DUA TAKDIR CINTA EPISOD 6 Sila klik l...

Tonton Telefilem Racun Suami Jahanam

Jangan ketinggalan menyaksikan Telefilem Racun Suami Jahanam yang akan bersiaran pada 25 Januari 2020 di Slot Astro Citra Exclusive. Telefilem Racun Suami Jahanam dibintangi oleh Ben Amir, Mimi Lana, Scha Alyahya, Riz Amin dan ramai lagi. TELEFILEM RACUN SUAMI JAHANAM Berikut dikongsikan maklumat mengenai telefilem ini.  Waktu Siaran Telefilem Racun Suami Jahanam akan disiarkan pada 25 Januari 2020 jam 9.00 malam Pengarah/Produksi Diarahkan oleh Micheal Ang dan terbitan Juita Viden Pelakon Ben Amir, Mimi Lana, Scha Alyahya, Riz Amin Tonton Telefilem Racun Suami Jahanam Berikut dikongsikan link atau video untuk tontonan anda. Klik link dibawah⬇️ LINK:  Tonton Telefilem Racun Suami Jahanam