Skip to main content

Sinopsis Novel Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Drama terbaru yang akan bersiaran tidak lama lagi adaptasi daripada Novel Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis karya Aulia Iman yang akan disiarkan pada 24 Disember 2019 di Slot Drama Vaganza Astro Ria. Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis dibintangi oleh pelakon seperti Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Yusof Bahrain, Elly Mazlein, Harun Hashim, Azri Iskandar, Catriona Rose, Reza Hasbi, Norlia Ghani dan ramai lagi. Jom baca sinopsis novel terlebih dahulu!. 


NOVEL PENGANTIN LELAKI UNTUK CIK GADIS

BLURB
Cinta? Dia datang tanpa diundang, dan perginya juga tanpa dipinta. Di mana sahaja cinta itu hadir, waktu dan ketikanya tidak pernah menjadi halangan. Begitu juga dengan cinta pandang pertama Kris Al-Hadi. Cintanya berputik saat terpandang gadis berpakaian penjara. Comel dan anggun. Tapi sayang, cik gadis yang diminati sedang menanti hari perbicaraan.

“Saya nak awak tahu, dari hari pertama saya lihat awak dengan pakaian penjara, hati saya sudah terdetik untuk ambil awak sebagai isteri. Saya sayangkan awak.”~ Kris Al-Hadi

“Kalau awak betul-betul sayangkan saya, buktikan rasa sayang awak tu pada saya.”~ Salsabila

Yang menjadi masalah, gadis tersebut terhumban ke penjara kerana perbuatan manusia yang iri hati. Mujur ada dia yang sudi menjadi hero dan penyelamat. Dan kerana sikap gentleman tersebut, ada cinta lain datang dan mendekat. Tapi sayang, cinta itu cinta terlarang. Mana mungkin untuk dia menyambut cinta dari kekasih abang sendiri. Kerja gila namanya!

“Kalau you tak sihat.. biar I temankan you! I jaga you, dan you pula jaga I.” ~ Yasmin

“I cari pekerja untuk jaga akaun syarikat, bukan jaga I. Please, jauh sikit! I tak selesa, I panas.”~Kris Al-Hadi

Kerana cinta terlarang, ada yang menjadi korban. Hendak tak hendak, majlis perkahwinan yang diatur harus diteruskan dan hanya pengantinnya sahaja yang terpaksa ditukar ganti tanpa pengetahuan sesiapa.

“Jantan tak guna! Dengan tunang aku jugak kau nak buat perangai tak senonoh!”~Khairyl

“Sumpah demi Allah, aku tak buat semua tu!”~Kris

Kris mencintai si gadis bernama Salsabila, apa pun terjadi Yasmin bukan pilihan hatinya. Sudahnya, pengantin lelaki terpaksa membuat pilihan yang dirasakan terlalu payah untuk diputuskan. Antara dua gadis, Salsabila dan juga Yasmin, siapakan yang bakal dipilih? Dan antara dua pengantin lelaki, Khairyl dan juga Kris, yang mana satukah menjadi pilihan cik gadis yang indah dengan busana pengantinnya.

SINOPSIS NOVEL PENGANTIN LELAKI UNTUK CIK GADIS
Berikut dikongsikan sinopsis untuk novel ini. Sila klik link di bawah⬇️⬇️

Comments

Popular posts from this blog

Tonton Telefilem Racun Suami Jahanam

Jangan ketinggalan menyaksikan Telefilem Racun Suami Jahanam yang akan bersiaran pada 25 Januari 2020 di Slot Astro Citra Exclusive. Telefilem Racun Suami Jahanam dibintangi oleh Ben Amir, Mimi Lana, Scha Alyahya, Riz Amin dan ramai lagi. TELEFILEM RACUN SUAMI JAHANAM Berikut dikongsikan maklumat mengenai telefilem ini.  Waktu Siaran Telefilem Racun Suami Jahanam akan disiarkan pada 25 Januari 2020 jam 9.00 malam Pengarah/Produksi Diarahkan oleh Micheal Ang dan terbitan Juita Viden Pelakon Ben Amir, Mimi Lana, Scha Alyahya, Riz Amin Tonton Telefilem Racun Suami Jahanam Berikut dikongsikan link atau video untuk tontonan anda. Klik link dibawah⬇️ LINK:  Tonton Telefilem Racun Suami Jahanam

Sinopsis Novel Seadanya Aku

Novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya telah diangkat untuk drama bersiri Slot Akasia TV3 yang akan bersiaran mulai 15 Januari 2020. Drama Seadanya aku akan menampilkan pelakon Azlee Khairi, Zara Zya, Elvina Mohamed dan ramai lagi. Drama terbitan Country Universal Sdn Bhd dan diarahkan oleh Feroz Kader akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.  ARTIKEL BERKAITAN  :  Sinopsis Drama Seadanya Aku Lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya Pelakon Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim,  Sharifah Husna , Azri Iskandar, Ainina Ahmad SINOPSIS NOVEL SEADANYA AKU Berikut dinongsikan sinopsis untuk drama ini. Sila klik link dibawah⬇️⬇️ Link:  Sinopsis Novel Seadanya Aku

Tonton Drama Suri Katriana Episod 49 (Akhir)

Nantikan drama bersiri 'Suri Katriana' yang akan disiarkan mulai 30 Oktober 2019 di Slot Tiara Astro Prima. Drama ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang selama 49 episod. Menampilkan pelakon Ummi Nazeera, Ernie Zakri, Nadiya Nisaa, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy dan ramai lagi. Suri Katriana merupakan arahan Pali Yahya dan terbitan Metrowealth Picture.  DRAMA SURI KATRIANA Berikut dikongsikan maklumat/info lanjut mengenai waktu siaran, pelakon, sinopsis dan lain-lain lagi untuk drama Suri Katriana.  WAKTU SIARAN Suri Katriana akan bersiaran mulai 30 Oktober 2019 setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di Slot Tiara, Astro Prima.  PENGARAH / PRODUKSI Diarahkan oleh pengarah hebat, Pali Yahya dan merupakan terbitan Metrowealth Picures. PELAKON Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisya...